KENAPA SAYA PILIH MENGINAP DI RUMAH SEWA..
Musim pendaftaran pelajar baru universiti akan bermula tidak lama lagi. Selaku senior, bagi yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM Machang, TAHNIAH saya ucapkan. Bagi yang tidak berjaya tu jangan putus asa, teruskan usaha okay!Bila kita masuk U ni, mestilah tempat tinggal akan menjadi salah satu aspek penting dalam hidup di U ni. Bagi pelajar sem 1, anda tidak perlu risau, kerana anda akan diberi tempat di kolej kediaman di dalam UiTM. Tetapi, bila dah tinggal di kawasan yang rami orang ni, mestilah banyak dugaannya. Bangunan memang dah berusia, tua sangat dah haha dan adalah nanti beberapa masalah yang anda akan hadapi, masalah hantu? eh tak tak haha.
Sebab itulah, pada sem 2 saya dan kawan2 buat keputusan untuk menyewa rumah sewa di luar. Kenapa saya menyewa? Haaa..ini sebab2nya
#1 Bising
Ini memang tidak boleh dinafikan lagi. Bila duduk dalam kolej, selalunya akan menjadi riuh dengan kawan-kawan, kawan bilik sebelah, kawan sama level, kawan kelas dan banyak lagi. Tambah lagi bila semua takde kerja dan duduk berkumpul dengan kawan-kawan mereka….Bising wei…. Ni dari experience sendiri tau tapi tak tau la semester inter-apa ni. So, bagi sesiapa yang suka privasi and suasana yang tenang dan senyap untuk study macam saya, eloklah anda berpindah ke luar kolej.
2# Pakaian
UiTM ni memang rules untuk pakaian dia strict skit. Memang kene jaga pakaian. Kadang-kadang agak tegas juga, tak boleh pakai selipar, kena pakai tshirt berkolar, tak boleh itu, tak boleh ini. Bagi anda yang suka bebas, agak tidak sesuai jugalah untuk anda semua..
3# Tandas
Tandas kat dalam kampus ni memang kena kongsi. Ada yang kongsi satu level, ada yang kongsi satu rumah. Kadang-kadang ada spesies yang penggotor dan pemalas yang tidak menjaga kebersihan tandas. Ni yang menyirap ni. Masuk-masuk tandas lepas tu tandas tak flush, ada benda tah pape kat dalam mangkuk tandas. Memang kena marah lah. Jika benda ni berlaku, report terus! Tandas kongsi, bilik mandi pun kena la kongsi. Kena tunggu giliran nak mandi bila masa bilik mandi penuh tu hmmm, lepas tu ada yang baru datang dah potong masuk bilik mandi dulu. Apa lah. Kena banyak bersabar.
Nak duduk tempat lagi selesa? Boleh tengok MySarah Hostel. Dibina untuk keselesaan pelajar.