4 PERKARA HEBAT MYSARAH HOSTEL- Kediaman Pelajar Kampus Uitm Machang

MySARAH HOSTEL- Kediaman selesa pinggiran Kampus UiTM Machang

Mysarah Hostel mula dibina pada tahun 2011 dan siap pada tahun 2013. Asrama pelajar ini mula beroperasi pada Disember 2013. Kawasan hostel ini dibina di atas tapak seluas 2.5 ekar menjadi antara projek pembinaan asrama persendirian terbesar di UiTM Machang.

Mysarah Hostel terdiri daripada 3 blok, iaitu Blok B untuk pelajar lelaki dan Blok C & A untuk pelajar perempuan.





  1. Yuran Sewa yang Berpatutan
Yuran Sewa Bilik MySarah Hostel - Kediaman Pelajar Kampus UiTM Machang

Yuran sewa bermula dari RM550 (yuran adalah untuk seorang pelajar bagi 1 sem selama 5 bulan). 
 Jadi, pelajar hanya perlu membelanjakan RM 110 sebulan untuk bayaran sewa bilik, bil air dan bil elektrik asas. 

Pada pendapat saya, harga ni berpatutan bagi sebuah bilik sewa yang mempunyai pelan bilik yang sangat baik, luas dan selesa. Keselesaan adalah amat penting bagi pihak kami untuk menjamin kesejahteraan pelajar-pelajar yang menyewa dengan kami.
Perhatian : Yuran sewa bagi setiap bilik adalah berbeza mengikut jenis bilik yang dipilih pelajar.

JENIS BILIK
KEMUDAHAN
HARGA
SINGLE(1 ORG)
           1 KATIL SINGLE
           1 TILAM
           1 ALMARI BAJU
           TANDAS & BILIK MANDI
           MEJA BELAJAR & KERUSI
           PLUG DINDING
    
RM 800 SEORANG/ SEM
(yuran termasuk sewa bilik, bil air dan bil elektrik untuk 1 sem)
BER -2
           2 KATIL SINGLE
           2 TILAM
           2 ALMARI BAJU
           TANDAS & BILIK MANDI
           MEJA BELAJAR & KERUSI
           PLUG DINDING
          
RM 800 SEORANG/ SEM
(yuran termasuk sewa bilik, bil air dan bil elektrik untuk 1 sem)
BER - 3
           1 KATIL DOUBLE DECKER
           1 KATIL SINGLE
           3 TILAM
           3 ALMARI BAJU
           TANDAS & BILIK MANDI
           MEJA BELAJAR & KERUSI
           PLUG DINDING
          
RM 650 SEORANG/SEM
(yuran termasuk sewa bilik, bil air dan bil elektrik untuk 1 sem)
BER - 4
            2 KATIL DOUBLE-DECKER
           4 TILAM
           4 ALMARI BAJU
           TANDAS & BILIK MANDI
           KIPAS SYILING
           MEJA BELAJAR & KERUSI
           PLUG DINDING
          
RM550 SEORANG/ SEM
(yuran termasuk sewa bilik, bil air dan bil elektrik untuk 1 sem)

             2.       Lokasi yang betul untuk pelajar menyewa

Lokasi MySarah Hostel - Kediaman Pelajar Kampus UiTM Machang

MySarah Hostel terletak hanya 500 m dari Kampus UiTM Machang, Mukim Ulu Sat, Jajahan Machang, Kelantan. (Sila rujuk pelan lampiran)
Hanya 5 km dari Pusat Bandar Machang yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti bank, institusi kewangan, Hospital Machang, Pusat pentadbiran, pasar, stesen bas, teksi, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah rendah, menengah dan banyak lagi.
Pelan tapak dan lokasi MySarah Hostel

                3.          Mempunyai Jaringan Perhubungan Yang Sangat Baik
Perhubungan Jalanraya ke MySarah Hostel – Kediaman Pelajar Kampus UiTM Machang
Kediaman pelajar ini dihubungi melalui Lebuhraya Timur/Barat dari Ipoh/Grik/Jeli/Tanah Merah/ Bandar Machang serta boleh terus menghala ke Kuala Terengganu melalui Pasir Puteh/ Jerteh/ Setiu.
Untuk ke Pusat Pentadbiran Negeri di Kota Bharu ataupun ke Lapangan terbang boleh melalui Jalanraya Persekutuan Kota Bharu/Machang/Kuala Krai/Gua Musang dan terus ke Kuala Lumpur melalui Kuala Lipis/Raub/Bentong dan melalui Lebuhraya Pantai Timur dengan jarak keseluruhan ke Kuala Lumpur kira-kera 400 KM atau mengambil masa kira-kira 6 jam.
Berita baik kepada penyewa hostel ini, jarak dari Mysarah Hostel ke UiTM Machang hanya 500 m dan mengambil masa dalam 3 minit pemanduan kereta. Jadi tidak ada masalh bagi pelajar untuk pergi ke kuliah tepat pada masanya. jika pelajar tidak mempunyai kenderaan, perkhidmatan tenggiling UitM juga boleh digunakan dengan tambang yang dikenakan hanyalah RM1 sehala.

               4.            Kemudahan Infrastruktur Yang Baik
Kemudahan Infrastruktur Yang Tersedia Di Mysarah Hostel - Kediaman Pelajar UiTM Kampus Machang
Kemudahan yang terdapat di dalam kawasan MySarah Hostel:
  • Kawasan parking kenderaan yang luas
  • Mesin basuh
  • Tempat menyidai kain yang luas
  • Ruang legar dan istirehat untuk tetamu
  • Bilik homestay untuk disewa
  • Grill dan cctv






JOM CARI ROOMMATE! Share website ini kepada kawan anda!

Pages