SELAMAT DATANG KE UiTM KAMPUS MACHANG

Selamat Datang Pelajar Baru UiTM Machang

WELCOME! WELCOME! WELCOME! to pelajar baru UiTM Kampus Machang. Semester baru bakal bermula bagi sesetengah pelajar, terutamanya lepasan SPM sesi 2017.
So, as fellow senior, saya mengalu-alukan kehadiran anda ke alam universiti. Sila nantikan waktu pembelajaran yang menarik, bertemu dan berkenalan dengan rakan-rakan baru, dan memori best yang bakal anda alami!

Jika anda anda salah seorang yang bertuah yang diterima masuk ke Uitm kampus Machang, selamat datang diucapkan. Allow me to simply explain about this campus.

Blok pentadbiran UiTM Machang. Blok yang pertama yang anda akan nampak bila masuk main gate Uitm.

UiTM Machang ditubuhkan pada tahun 1985 dan merupakan cawangan ke 9 di Malaysia. Pada mulanya, UiTM ini dibina di Kem Kijang, Kota Bharu tapi pada tahun 1996 ia dipindahkan ke tempat sakarang iaitu Bukit Ilmu, Machang, Kelantan. Universiti ni terdiri daripada beberapa fakulti seperti:

  1. Faculty of Accountancy
  2. Faculty of Administrative Science and Policies Studies
  3. Faculty of Art & Design
  4. Faculty of Business Management
  5. Faculty of Computer & Mathematical Sciences
  6. Faculty of Information Management
Untuk maklumat lanjut mengenai jurusan-jurusan yang ditawarkan, anda boleh pergi ke link web ini https://kelantan.uitm.edu.my/v2/# . 

Now, let’s talk about logistic. Walaupun kampus ni terletak agak jauh dari bandar, tapi tu yang buat kampus ni istimewa!! Tapi kalau untuk keperluan seharian seperti barang kelengkapan peribadi, alat tulis, cyber café  kedai dobi layan diri and fooodddd…hehe..don’t worry.. kedai makan, kedai runcit semua walking distance dari kampus..7-eleven pun ada..so no worries.


Bandar terdekat dalam 10-15 minit je dari kampus. Kalau anda ada kenderaan sendiri memang senangla nak pergi bandar, bagi yang xde kenderaan jangan risau..kita ada TENGGILING!!.Haaaa..apa tu tenggiling/giling..van kuning yang macam van sekolah tu, boleh bawa anda ke mana sahaja yang anda mahu..ke bandar, ke kampus, ke hostel, ke rumah sewa, ke kedai makan,, semua boleh..tambang pun murah bermula dari serendah RM1!!..murahkan..

Haa..ni la tenggiling tu..bukan haiwan yer..hehe

Now, let’s talk about hostel..ada lima kolej kediaman, TAR(Tunku Abdul Rahman), TR (Tun Razak), DO (Dato’ Onn), TDM (Tun Dr Mahathir) dan THO (Tun Hussein Onn). 2 hostel untuk student lelaki and 3 hostel untuk student perempuan. Student first sem jangan risau nah.. insya allah anda akan dapat kolej.. but selepas itu, untuk stay kolej dalam UiTM anda semua kena stat kumpul KUPON..Apa itu KUPON? Nanti saya explain dalam next entry k..

Kalau x dapat kumpul kupon and stay kolej..jangan risau, rumah sewa or asrama luar UiTM banyak. Kalau anda nak asrama yang selesa, dekat dengan UiTM, cantik dan paling penting MURAH!! boleh sewa di MYSARAH HOSTEL.. Mysarah Hostel ni dalam 500m dari kampus, x sampai 5 minit drive pun. Terletak betul2 tepi jalan n berhadapan dengan stesen minyak PETRON. So yang bawak kenderaan x payah risau nak cari stesen minyak jauh2. Sebelah stesen minyak tu ada kedai makan. Bilik untuk siswa dan siswi disediakan. Berapa sewa? Hostel ni guna sistem bayaran per sem. Untuk seorang RM550 per sem (ni dah termasuk bil air dan elektrik). 1 sem dalam 6 bulan so, x sampai RM100 sebulan!! Murahnya!!! Cleaner pun ada untuk jaga kebersihan di sekitar blok asrama n kawasan luar bilik. (dalam bilik tanggungjawab sendiri yer).

Kalau korang berminat, boleh hubungi Pn. Aifa di nombor 019-9811164. Nak call or whatssapp pun boleh.



JOM CARI ROOMMATE! Share website ini kepada kawan anda!

Pages