6 SEBAB TINGGAL DI RUMAH SEWA LEBIH BEST!!
Sewaktu zaman study dulu, saya berpeluang untuk tinggal di hostel universiti dan rumah sewa di luar universiti. Masa degree saya menginap di hostel U, masa master saya menginap di rumah sewa berdekatan dengan U saya..dan bagi saya memang banyak bezanya antara kedua-dua benda ini.
Saya merupakan bekas pelajar UiTM dan menghabiskan 3 tahun ijazah di UiTM Machang. Seperti biasa semasa semester pertama saya diberikan kemudahan hostel untuk saya diami. Namun, kebiasaannya bagi pelajar UiTM, untuk semester kedua mereka terpaksa keluar dari kolej. Tetapi saya bernasib baik kerana pada semester dua saya masih lagi tinggal di hostel kerana saya boleh dikatakan agak aktif dengan aktiviti-aktiviti di hostel.
Bagaimanapun, sewaktu semester 3 saya perlu akur bahawa saya terpaksa juga tinggalkan hostel dan mula menyewa di luar. Rupa-rupanya, tinggal di rumah sewa ni lagi best dari stay di hostel.
Kenapa? Ini antara sebabnya:
Bagaimanapun, sewaktu semester 3 saya perlu akur bahawa saya terpaksa juga tinggalkan hostel dan mula menyewa di luar. Rupa-rupanya, tinggal di rumah sewa ni lagi best dari stay di hostel.
Kenapa? Ini antara sebabnya:
1) Lebih selesa
Gambar sekadar hiasan
Antara sebab utama saya rasa duduk rumah sewa lagi best daripada tinggal kat hostel adalah sebab keselesaan tinggal di rumah sewa adalah jauh berbeza dengan stay di hostel. Contoh mudah, di rumah sewa saya tak perlu berkongsi toilet dengan ramai orang. Kebersihan bilik air lebih terjaga kerana hanya beberapa individu yang menggunakannya.
2) Lebih bebas
Gambar sekadar hiasan
Di rumah sewa tiada undang-undang dan peraturan seperti di kolej. Saya boleh buat apa saja yang saya mahu. Tapi benda-benda baik je ya. Saya tak buat perkara bukan-bukan. Bebas-bebas juga, jangan sampai kelas pun tak nak pergi.
3) Tak ada curfew hours
Tadi saya cakap tinggal di rumah sewa agak bebaskan? Ini antara salah satu sebabnya. Di rumah sewa tiada siapa nak larang balik lambat tengah malam. Tapi at least beritahu lah kawan serumah anda ke mana. Nanti senang kalau apa-apa berlaku.
Contohnya saya ni memang aktif dengan kelab teater di universiti. Jadi, memang setiap hari akan tamat latihan lewat malam. So, bila stay rumah sewa, agak mudah buat saya. Tak perlu nak lalui soal siasat dengan polis bantuan seperti di hostel.
Contohnya saya ni memang aktif dengan kelab teater di universiti. Jadi, memang setiap hari akan tamat latihan lewat malam. So, bila stay rumah sewa, agak mudah buat saya. Tak perlu nak lalui soal siasat dengan polis bantuan seperti di hostel.
4) Tak ada spot check
Tak ada orang nak datang ketuk pintu tiba-tiba tengah malam. Jadi, malam saya lebih tenang berbanding masa duduk hostel dulu. Hehe.
5) Waktu ni lah belajar berjimat
Gambar sekadar hiasan
Waktu ni lah saya belajar berjimat. Maklumlah, dah nama pun rumah sewa, tentulah saya perlu membayar sewa. Jadi, duit pinjaman PTPTN yang saya terima tu saya perlu gunakan dengan bijak.
Misalnya untuk barang-barang dapur kitorang kumpul RM5 seorang. Kalau 8 orang dah RM40. Dengan RM40 ni cukuplah untuk beli sekampit beras dan bahan-bahan mentah yang lain. Lepastu nanti boleh kongsi sama-sama. Kan dah jimat kat situ?
6) Boleh masak sendiri
Saya ni kuat makan. Bila teragak nak makan tu mulalah saya mencari makanan. Kalau mula-mula dulu duduk di kolej, kalau lapar mesti perlu ke medan selera. Kat kolej, peralatan memasak diharamkan dan peralatan eletrik dan elektronik pula dikenakan bayaran. Tapi di rumah sewa lain sebab peralatan memasak di dapur rumah semuanya complete.
Kadang-kadang hujung minggu kitorang buat kenduri kecil-kecilan dan masak beramai-ramai. Paling best waktu nak makan. Mesti masing-masing berebut nak cedok lauk dulu. Haha inilah yang dikatakan memori. Anda tahu tak?
Kadang-kadang hujung minggu kitorang buat kenduri kecil-kecilan dan masak beramai-ramai. Paling best waktu nak makan. Mesti masing-masing berebut nak cedok lauk dulu. Haha inilah yang dikatakan memori. Anda tahu tak?
Haaa..kalau anda tertarik untuk cuba habiskan baki semester anda di U dengan meyewa rumah..saya cadangkan anda menyewa di Mysarah Hostel UiTM Machang..Bilik yang disediakan cukup selesa, luas, dan harga sewanya amat berpatutan bagi pelajar..Jika anda berminat, boleh hubung Pn. Aifa di 019-9811164 atau layari laman web https://hosteluitmmachang.blogspot.com/