5 TIPS MUDAH UNTUK DAPAT DUDUK KOLEJ KEDIAMAN UITM

TIPS DARI SENIOR


Assalamualaikum awak2 semua,

CONGRATULATION!! untuk semua student lepasan SPM 2017 yang berjaya mendapat tawaran masuk ke universiti especially UiTM Machang. Mesti x sabar2 kan nak daftar masuk dan mulakan hidup sebagai pelajar universiti..huhu..So, bila da masuk universiti, mestilah tinggal di kolej kediaman yang disediakan pihak universiti kan..tapi...jeng jeng jeng..hehe..bukan nak takutkan tapi nak bagi anda semua peringatan yang sistem UiTm lain dari U yang lain..ada U yang beri jaminan dapat kolej selamanya, tapi macam saya di UiTM Machang ni tak semua orang akan diberi jaminan dapat duduk kolej sampai habis.Semester 1 sahaja wajib dapat, sem 2 belum tentu awak2 semua akan dapat lagi. Kalau anda tak nak duduk luar sebab nak jimat terutamanya haruslah anda semua lakukan perkara-perkara yang bakal saya kongsikan ini.                  

#1 Hadirkan diri di setiap perjumpaan Kolej


Perjumpaan setiap Blok/Aras. 2 perjumpaan ni adalah perjumpaan yang WAJIB anda semua kena datang. Sebab point/kupon aktiviti untuk perjumpaan ni adalah yang terpenting sekali, kalau anda missed, chances untuk dapat kolej jadi tipis. Bayangkan punya ramai competitors anda semua nak dapatkan kolej, mereka yang datang, mereka akan diberi keutamaan dahulu. Jadi, jangan buat2 malas nak turun bila ada perjumpaan ni. If u want it, u have to earn it!

#2 Libatkan diri dengan Aktiviti Kolej


Setiap semester, kolej akan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk anda semua. Contohnya macam Malam Kesenian or Festival Kolej. Anda WAJIB pergi aktiviti macam ni. Kalau anda dari kolej lain pon boleh datang ke kolej2 yang ada buat festival2 macam ini. Dapatkan kupon aktiviti atau scan student card sebagai bukti anda pergi. Ianya sebagai point tambahan untuk anda semua. Tinggi point, tinggilah awak punya peluang nak dapat kolej next semester. 

Inilah contoh kupon yang anda kena kutip..


#3 Ambil bahagian dalam organisasi kolej


Yup! Kalau zaman sekolah anda tak ada peluang nak masuk/pegang mana2 jawatan, apa kata anda join masa masuk U. Tak kan la seumur hidup tak nak merasa sekali duduk dalam organisasi jadi penggerak sesebuah organisasi. Mesti nak kan? Serius tak susah pon bila anda masuk or pegang jawatan dalam kolej. Mungkin  Nampak berat takut tak boleh pikul tugasan, tapi sebenarnya tidak kalau bekerjasama. Ingat awak tidak keseorangan bila pegang jawatan, awak ada rakan2 yang lain yang bekerjasama untuk meringankan tugas tu. Jadi, cubalah bagi nama untuk jadi JPK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej) , Sekretariat Kolej atau ketua Aras. Awak pegang salah satu jawatan ni, dah tak payah susah2 kejar point or kutip kupon lagi. Confirm dapat kolej!

#4 Patuhi peraturan/tatatertib!!


Paling penting!! Benda2 kat atas yang saya tulis tu kalau langgar disiplin atau didapati buat kesalahan tatatertib sia2 sahajalah usaha awak masuk semua tu. Perkara ni penting sekali awak kena jaga. Tak susah pon nak jaga tatatertib ni. As long as awak ikut peraturan yang telah digariskan oleh pihak kolej, jangan sesekali langgar! Terutama kebersihan bilik, penggunaan elektrik dan sticker peralatan elektrik. Pastikan bilik dalam keadaan kemas, jangan gantung2 sidai pakaian/Tuala dekat tingkap, peralatan elektrik wajib didaftarkan dan tampal sticker tu, dan bila keluar bilik jangan tinggalkan bilik dengan kipas, lampu dan plug ‘On’ .. Mudah je kan? Tapi ada jugak yang buat salah, penyudahnya selamat tinggal peluang nak dapat kolej tu. Sekali awak dapat kesalahan tatatertib tu, maka terkuburlah hasrat nak dapat kolej tu. 


Itu sahaja 4 tips mudah untuk tackle dapat kolej setiap semester. Mudah je kan? Tak rumit pon.  #1 dan #4 wajib buat, #2 dan #3 boleh pilih, tak perlu buat kedua-dua. Pilih antara 2 dah cukup kuat dah peluang awak tu.  Ulang tips tu setiap semester dah jimat duit PTPTN tak payah cari rumah sewa di UiTM Machang tu.

Tapi..anda dah buat semua tapi masih x dapat kolej..anda rasa anda malas nak kutip kupon ni sebab leceh..anda nak merasa hidup di rumah sewa..jangan risau.. di sekitar UiTM Machang ni banyak hostel persendirian dan rumah sewa yang ckup selesa untuk didiami..yang paling best ialah Mysarah Hostel..bilik dah la cun, luas, selesa, boleh pilih nak dduk berdua ke, bertiga ke, berempat ke..dekat je dgn UiTM..dlm 3 minit drive..kalau anda berminat boleh hubungi Pn. Aifa di 019-9811164 atau layari laman web https://hosteluitmmachang.blogspot.com/




 Selamat maju jaya :)

JOM CARI ROOMMATE! Share website ini kepada kawan anda!

Pages